Berikutan penyebaran sebuah video You Tube yang memaparkan empat lelaki sambil memegang fotonya, pelakon, Nora Danish akan membuat laporan polis.
Video yang berdurasi selama 1.01 saat itu mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara di mahkamah pada 18 Februari ini yang dimuat naik sekumpulan empat lelaki bertopeng sejak semalam kini tersebar di laman sosial YouTube.
"Berita ini saya dengar melalui rakan tengah hari tadi. Saya sendiri sudah menonton video berkenaan. Jelas mereka tidak menyebut nama saya.
"Malah perkara yang dibualkan juga tiada kena mengena dengan saya.
"Cuma kelihatan di dalam video itu gambar saya dipegang oleh mereka. Saya tak mahu komen lebih-lebih.
"Apa yang saya boleh katakan saya akan buat laporan polis sekejap lagi," kata Nora yang dipetik dari BH Online sebentar tadi.