Why not share your Christmas stories by inviting your friends over for dinner! http://my.shareddis.com/p/97PXm

Kereta Ferrari Musnah Terbakar


Sebuah kereta Ferrari warna merah musnah terbakar di Jalan Rakyat Kuala Lumpur pada hari rabu, sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.


Kejadian yang berlaku pada waktu puncak itu menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka di sepanjang Jalan Travers bagi menyaksikan anggota bomba memadamkan kebakaran. Bagaimanapun, kereta mewah bernilai jutaan ringgit itu tidak dapat diselamatkan.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya mendapat panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 6 petang. Tetapi, api begitu marak sebaik sahaja pasukan bomba tiba 15 minit kemudian.

Beliau berkata, punca kebakaran masih belum dikenal pasti. Bagaimanapun, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Sumber - MStar 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan